Pembuatan mobile application

Dalam dunia programming, untuk menyiapkan sesuatu website atau mobile app memerlukan masa yang lama. Untuk membuat mobile app terdapat banyak cara yang boleh kita gunakan.

Boleh search keyword mobile app builder atau mobile app creator untuk permulaan jika anda tiada pengetahuan dalam programming.

Jika anda adalah web developer yang berminat untuk membuat mobile app tanpa belajar bahasa programming yang baharu .

Boleh search ionic yang menggunakan html, css dan javascript . Dalam pengalaman saya MVP mobile app paling sesuai menggunakan ionic disebabkan paling mudah untuk disiapkan dalam masa yang cepat. Tetapi terdapat keburukan seperti performance issue yang agak ketara . Di syorkan hanya menggunakan platform ionic untuk mobile application pada permulaan sahaja.

Apabila bisnes telah berkembang boleh upgrade ke platform lain seperti menggunakan native . Native bermaksud official programming bagi sistem tersebut. Contoh java ( Android Studio ) untuk android, Objective-C atau Swift bagi IOS.

 

Dunia startup

Untuk memulakan startup . Idea adalah penting . Selalunya idea datang dari masalah yang dihadapi oleh seseorang individu contoh nye masalah mendapatkan taxi mewujudkan applikasi seperti uber dan grab.

Startup adalah satu solusi untuk masalah seperti diatas tetapi solusi tersebut adalah baru dan mungkin tidak patut dijadikan sebuah bisnes. Oleh itu validasi idea adalah penting . Merujuk kepada Nadhir, pengasas Thelorry.com . Validasi adalah penting untuk mengelakkan kerugian.

Namun begitu, risiko ini dapat dikurangkan sekiranya kita menjalankan proses validasi idea bisnes itu terlebih dahulu sebelum bermula. Nadhir – 2017

Antara cara untuk validasi idea startup anda adalah dengan 3 cara . Boleh baca di website tuan Nadhir disini.

Selepas anda mendapat berjaya validasi produk atau servis anda. Seeloknya anda tidak menunggu lame untuk meng’live’kan produk anda tersebut. Dalam istilah lain , anda menunggu sehingga produk tersebut perfect yang mungkin memakan masa setengah tahun untuk disiapkan . MVP atau minimum viable product adalah penting bagi proses awal memulakan startup anda.

 

 

Gambar diatas menunjukan mvp bagi kenderaan . Ia jelas menunjukan yang anda sudah boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat pada awal fasa production anda. Jika anda menunggu lama untuk menyiapkan sepenuhnya. Anda mungkin telah terlambat dari pesaing yang telah berada lama di pasaran.